The Countdown Begins…

Hey..!! like it or not, i only left with 2 months to get my things ready before moving out to abu dhabi. Now i really understand what As-Syahid Imam Hassan Al Banna quoted in one of his infamous 10 wasiat:”Responsibility is likely to be more than your time..”

Too much responsibility tends to burden me sometimes (although i have PDA phones with me all the time,kunun2 nys this PDA will manage my life though). Might be last minute job truly fits to my life, which i have been practising it for the last 20 years..(^_^). Somehow, to relocate my family is not an easy task. Nak kemas barang la, setelkan visa la, itu la, ini la..aiiihh~~ (alih2 last minute jugak rasanya.eheh)

A lot of exciting moments happened after i’ve tender my resignation to P#**#$*S HR, especially on the spontaneous reaction of my surrounding colleague. I like their facial expression. Some were sad, others were quite supportive, but most of them was like ” betul ke ko nak quit P#**#$*S ni? hehe…

Anyhow, the decision has been made, which i presumed will bring a lot of benefits, experiences and new friends as well when i relocate my family to Abu Dhabi.

Abu Dhabi, here i come…!!(more closer than before…)

Berjinak-jinak dengan dunia Blogging

“Enta tadak blog sendiri ke..?”

“Blog ni best woo..macam2 kita boleh buat, nak tulis diari la, nak tajamkan skill penulisan laa, bahkan nak buat business la ni pun orang dah pakai blog”

“Err, enta pakai host apa,blogger,wordpress,multiply,typepad??

Ini antara soalan-soalan lazim yang selalu kita dengar mutakhir ni. Rakyat Malaysia khususnya bukan sahaja telah dilanda tsunami politik, bahkan juga “tsunami blog”. Tahun ini sahaja, blog-blog baru di kalangan rakyat malaysia telah tumbuh bagai cendawan, kesemuanya ingin menyumbang kepada kemeriahan blogger-blogger di malaysia sekarang ini.

Tetapi, kalau dilihat dari topik-topik yang dibawa oleh blogger masing-masing, kebanyakannya berkisar kepada komentar/pendapat/krtikan berkenaan dengan isu-isu politik semata-mata. Malah, tidak melampau jika saya katakan hampir 90% daripada mereka berbicara mengenai politik Malaysia.

Bagaimana dengan ilmu-ilmu agama? Saya tak nafikan, ada segelintir tetapi jumlahnya sangat sedikit jika dibandingkan dengan blog-blog politik yang boleh kita layari buat masa ini.

Ini yang sedikit sebanyak mendorong diri saya untuk melangkah masuk ke dunia blogging. Bukan untuk menulis sepenuhnya bab-bab berkenaan ilmu agama, cuma terselit juga lah ilmu-ilmu yang dikutip daripada mutiara kitab-kitab ilmuan islam, dengan harapan agar effort ini dapat menolong diri sendiri dan juga pelawat-pelawat (kalau ada yg sudi melawat blog saya lah) agar tidak terpisah dengan mutiara ilmu yang boleh membawa kita ke syurga kelak..

Mudah-mudahan pembabitan saya dalam bidang blogging ini akan memeriahkan lagi dunia blogging dan dalam masa yang sama, dapat memelihara diri saya diri saya yang serba kekurangan ini dari terpisah dengan dunia islam.

Selamat berblogging buat semua yang sudah punyai blog…chaiyuk..!!~~

Abu Dhabi, Here I Come…!!

Alhamdulillah…

Aku bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah membuka pintu rezeki kepadaku untuk mencari sesuap nasi di bumi UAE. Tak dinafikan, keputusan dibuat ini cukup kritikal, dan baaanyak perkara yang harusku pertimbangkan untuk menerima tawaran bekerja di abi dhabi.

Sedih jugak nak meninggalkan Jamaah PAS di Pandan ni, tempat dimana aku berseronok, berdukacita dan bersendaloka bersama pemuda-pemuda yang cintakan islam(tambahan pula dgn keputusan positif PRU12 baru-baru ni).

Anyhow, life must goes on…. For me, i have to sacrifice for the sake of PAS and treat it as an opportunity to support PAS in such a way that i could help the Jamaah in terms of cutting my salary at least RM1000/month and give it to PAS.

Mudah-mudahan pemergianku ke Abu Dhabi ini dapat mengajarku untuk lebih matang dalam kehidupan,insya Allah.

“Ya Allah, istiqamahkanlah diriku dan keluargaku dalam Jamaah. Janganlah engkau mencabut nikmat perjuangan islam dalam hidup keluargaku Ya rabbul Jalil..

“ Ya Allah, engkau mudahkanlah segala urusan ku di dunia, dan berikanlah kekuatan kepadaku untuk meningkatkan ketaqwaan kepadamu. Tunjukkanlah kepadaku jalan agar aku dapat bersama-sama dengan Jamaah walaupun bermasutatin di Abu Dhabi Ya Allah..”

Abu Dhabi, here i come….Chaiyuk!!~~