‘Mengopi session’ bersama LGE di Abu Dhabi

Sempat saya meluangkan masa untuk menghadiri ‘coffee talk’ session bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B Lim Guan Eng di Rotana Beach Hotel, Abu Dhabi pada hari selasa lepas. Kesempatan seperti ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk saya mengenali dengan lebih dekat bagaimana perwatakannya yang berlainan dengan pemimpin DAP yang lain. ( Yalah, sebelum ini hanya dengar daripada mulut orang lain saja..)

Di bawah ini ialah gambar-gambar yang sempat diambil semasa pertemuan tersebut..

Antara yang hadir pada malam itu. Di sebelah kiri sekali (bersama kamera) ialah Y.B Jeff Ooi

LGE in action

LGE in action

Bergambar beramai-ramai tanda kenangan

Bergambar beramai-ramai tanda kenangan

Sebelum beliau menghadiri program yg seterusnya pada malam itu, sempat juga saya bertanya kepadanya berkenaan hal ehwal negeri kelahiran saya, Pulau Pinang. Beliau mengatakan bahawa misi utamanya buat masa sekarang ialah untuk mengurangkan peratus miskin tegar penduduk Pulau Pinang.”For almost 50 years, BN has done nothing to improve this kind of situation, and current situation in Penang sees more than 50% of Penangians were still in harcore poverty categories, in which their earning is less than RM500 a month”, tegas beliau. Yang pastingya, rata-rata penduduk kampung saya,iaitu Tanjung Tokong termasuk di dalam kategori tersebut. Kata beliau lagi, dia akan berusaha memastikan yang ‘low income people’ di PP ini akan mendapat sekurang-kurang RM500 sebulan selewat-lewatnya Mac tahun depan. “That is my highest priority for the moment”,tegas beliau lagi.

It was a fruitful session for us that attended the session last Tuesday. Selain Y.A.B Tuan Guru Nik Abdul Aziz, inilah kali kedua saya bertemu dengan ketua negeri ‘live in action’.  Yang pastinya, Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat telah menunjukkan satu kelainan yang tersendiri daripada pemimpin-pemimpin BN. Mungkin gaya bersahaja mereka dan tidak terlalu berprotokol telah menarik minat rakyat sekalian untuk mendekati mereka dan seterusnya mendokong agenda perubahan rakyat yang ditunggu-tunggu. Benarlah kata-kata salah seorang pimpinan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menegaskan bahwa kita perlu menghapuskan tahyul kebanyakan rakyat Malaysia yang menganggap hanya BN sahaja yang boleh memerintah Malaysia..

Wallahualam..

Leave a Reply