MyLittle Pandan 2008 – Cukup korum

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mendapat khabar berita daripada isteri semalam,

“Bang, kak siti dah beranak dah, dapat anak lelaki!”

Tahniah diucapkan kepada naqib juga merangkap biras saya, Ust Zul atas lahirnya mujahid baru dalam keluarga. Rasanya tercapai jugak hajatnya untuk mendapat seorang lagi anak lelaki. Mudah-mudahan dengan baby baru ini dapat menceriakan hidup, dimurahkan rezeki, menambah taqwa serta menambah seri dalam Jamaah.

Tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat usrah pandan yang lain-lain, antaranya faizul, abe nik,shah, odek dan abe man taqwa yang dikurniakan anak pada tahun ini.

Satu perkara yang cukup terkesan pada diri saya ialah berkenaan dengan pilihan nama yang hendak diletakkan kepada baby tersebut. Iltizamnya naqib saya terhadap konsep hidup berjamaah ini cukup tinggi,sehinggakan nama yang hendak dipilih pun hendak dibincangkan bersama-sama sahabat di dalam usrah! Bagi saya,inilah qudwah hasanah yg terbaik ditampilkan oleh beliau, dan moga-moga menjadi satu anjakan kepada semua sahabat-sahabat untuk lebih gigih berjuang pada jalan islam.

Cukup lah sudah kuota untuk Mylittle usrah pandan pada tahun ini. Dimulakan dengan umar mukhtar, dan diakhiri oleh sepupunya sendiri. Allahuakbar!

Tahun depan siapa pula yaa? Tunggu…

 

3 Responses to “MyLittle Pandan 2008 – Cukup korum”

  1. abduh Says:

    tahniah kerana pemuda pandan mendapat warga baru. Moga bertambah generasi penyambung warisan. Salam dari kami di Scotland.

  2. Azhari MJ Says:

    Assalamua’laikum…….

    Nahmaduhu Wa Nusolli A’la Rasulihil Karim…..Amma Ba’du.

    Najahna Wa Falahna fid Dunya Wal Akhirah Bi I’tiba’ Amarillah Wa Sunnatur Rasullullah SAW. Haza dunya La Abqa, Wal Akhiratu Abqa.

    Sori le bahsa arab masih berterabor lagi…..MAsih niat belajo sampai mati. hehehhehe.

    Aku ade antor email ke gmail hang. Harap boleh tolong reply by this Khamis. Quite urgent.

    Jazakallah

    Ibn Jaafar al-Ghazali al-X-Fetronaasi!


Leave a Reply