Abu Umar In Abu Dhabi now in Blogspot.com

After a while, i have decided to change my wordpress blog to blogspot.com. I personally think that wordpress is a great blog tools, but preferably i would say that blogspot.com is more felxible than other blogging stuff.

Life is more fun with blogspot.com I guess…

anyway, feel free to visit my newblog.Hope that it will benefit everyone, insya allah.

www.abu-umar.blogspot.com

——————————————————————————–

Setelah beberapa ketika, saya mengambil keputusan untuk memindahkan blog saya dari wordpress.com kepada blogspot.com

Secara jujurnya, wordpress.com lebih bagus daripada blogspot.com, tetapi anda harus pandai menggunakannya.

(Letih jugak la dok kelebet-kelebet wordpress ni, last-last jadi malaih teruih)

Harapnya blog saya lebih ceria dgn penggunaan blogspot.com ni.Semoga bermanfaat untuk semua, insya allah

Al-faqir ilallah,

Abu Umar in blogspot.com ( but still in abu dhabi)

Posted in Abu Umar Story. Comments Off

MyLittle Pandan 2008 – Cukup korum

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mendapat khabar berita daripada isteri semalam,

“Bang, kak siti dah beranak dah, dapat anak lelaki!”

Tahniah diucapkan kepada naqib juga merangkap biras saya, Ust Zul atas lahirnya mujahid baru dalam keluarga. Rasanya tercapai jugak hajatnya untuk mendapat seorang lagi anak lelaki. Mudah-mudahan dengan baby baru ini dapat menceriakan hidup, dimurahkan rezeki, menambah taqwa serta menambah seri dalam Jamaah.

Tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat usrah pandan yang lain-lain, antaranya faizul, abe nik,shah, odek dan abe man taqwa yang dikurniakan anak pada tahun ini.

Satu perkara yang cukup terkesan pada diri saya ialah berkenaan dengan pilihan nama yang hendak diletakkan kepada baby tersebut. Iltizamnya naqib saya terhadap konsep hidup berjamaah ini cukup tinggi,sehinggakan nama yang hendak dipilih pun hendak dibincangkan bersama-sama sahabat di dalam usrah! Bagi saya,inilah qudwah hasanah yg terbaik ditampilkan oleh beliau, dan moga-moga menjadi satu anjakan kepada semua sahabat-sahabat untuk lebih gigih berjuang pada jalan islam.

Cukup lah sudah kuota untuk Mylittle usrah pandan pada tahun ini. Dimulakan dengan umar mukhtar, dan diakhiri oleh sepupunya sendiri. Allahuakbar!

Tahun depan siapa pula yaa? Tunggu…

 

‘Mengopi session’ bersama LGE di Abu Dhabi

Sempat saya meluangkan masa untuk menghadiri ‘coffee talk’ session bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.B Lim Guan Eng di Rotana Beach Hotel, Abu Dhabi pada hari selasa lepas. Kesempatan seperti ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk saya mengenali dengan lebih dekat bagaimana perwatakannya yang berlainan dengan pemimpin DAP yang lain. ( Yalah, sebelum ini hanya dengar daripada mulut orang lain saja..)

Read the rest of this entry »

Abu Umar Back in Abu Dhabi (with Family)

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai bersama anak dan isteri di abu dhabi jumaat lepas. Keluangan masa untuk balik ke malaysia digunakan sepenuhnya untuk membuat perkara-perkara yang ‘priority’ sebelum saya pulang ke abu dhabi ini. Tetapi, hati ini agak sedih kerana tidak berkesempatan untuk menghadiri Muktamar PAS Pusat yang berlangsung di Perak tahun ini. Walaupun pada hari rabu minggu lepas saya dapat mencuri sedikit masa untuk pergi ke ipoh untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat seperjuangan, tetapi kepuasan jiwa itu kurang terasa dengan kekurangan masa untuk duduk bersama-sama dengan pejuang-pejuang islam di dalam majlis itu. Tapi, apa nak buat, sekurang-kurangnya terubat kerinduan untuk sempat menatap wajah-wajah ulama dan juga sahabat-sahabt seperjuangan.

Sekarang ini hidup lebih sedikit bermakna dengan kehadiran isteri dan anak tersayang . Cuma hidup akan lebih bermakna jika saya mendapat kembali kehidupan berjamaah sebagaimana di Malaysia dulu. Insya Allah, saya yakin Allah Taala akan membuka jalan kepada saya untuk menyuburkan amal jamaie di bumi abu dhabi ini. Yang penting, cari,cari dan terus mencari…..

So, I guess is not ‘Abu Umar in Abu Dhabi’ anymore, dah kena tukar kepada “Abu Umar,Umi Umar and Umar in Abu Dhabi kut.Hehe..

Teruskan Perjuangan..

Susahnya menulis satu artikel..

Sejak menceburi bidang blog ini, jari ini asyik terasa gatal sahaja apabila berada di depan komputer. Yalah, sudah ada blog, mesti sesuatu harus diletakkan di situ untuk tatapan pelawat. Apabila jari jemari sudah bergerak untuk memulakan penulisan, dan sedang asyik memuntahkan idea, tiba-tiba fikiran jadi buntu. Tidak tahu idea apa yang hendak dimuntahkan lagi. Akhirnya, penulisan saya jadi sekerat jalan, dan hampir 5 kali saya berbuat demikian. Artikel yang kosong,tiada isi dan yang semberono memang senang hendak dikarang. Teringat saya semasa zaman persekolahan, apabila majalah ‘gelagat’ dan ‘gila-gila’ menjadi kegemaran saya pada waktu itu. Ada satu penulisan yang sangat-sangat popular pada masa itu, iaitu ‘karangan melampau’. Isinya entah apa-apa, tapi membuatkan saya ketawa terbahak-bahak pada masa itu. Tapi, bukan matlamat saya menulis untuk jadi bahan gurauan, tetapi dengan harapan untuk memberi manfaat yang berguna kepada si pembacanya. Biarlah artikel atau bahan-bahan yang terdapat di dalam blog saya ini tidak lari daripada tema blog ini sendiri, iaitu “Great Minds Disucss Ideas. Average Minds Discuss Events, Small Minds Discuss People”

Saya tidak dapat membayangkan bagaimana susahnya menjadi seorang penulis yang berjaya. Saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana susahnya menulis artikel yang dapat mempengaruhi minda seseorang pembaca. Dan saya juga tidak dapat membayangkan bagaimana peritnya ulama-ulama terdahulu sanggup mengorbankan masa untuk menulis seberapa banyak kitab-kitab agama untuk dijadikan rujukan muslimin pada masa akan datang.

Sesetengah daripada kita mungkin memperlekehkan peranan ulama-ulama dan pejuang-pejuang yang berjuang melalui mata pena (Saya salah seorang diantaranya, dahulu lah). Mereka berpendapat jihad melalui penulisan bukanlah jihad yang sebenar, tak gentleman katanya. Nah, kalau anda cukup gentleman, cubalah tulis atau karang satu artikel yang boleh membangkitkan semangat jihad di kalangan muslimin pada masa ini. Cubalah karang satu penulisan yang ringkas, padat dan cukup istimewa isinya dan berikan kepada sahabat-sahabat di sekeliling anda, dan minta komen mereka. Saya pasti, anda memerlukan lebih daripada 10 tahun (atau lebih daripada itu) untuk membuatkan tulisan anda dibaca dan diamalkan oleh seorang muslim.

Bukan bermaksud saya menyeru kepada semua untuk terjun beramai-ramai di dalam bidang penulisan, tetapi sebaliknya hargailah penulisan-penulisan para-para ulama yang terdahulunya. Mungkin ada beberapa perkara yang kita tidak setuju, tetapi hargailah peranan mereka dalam menyebarkan fahaman islam ke seluruh pelusuk dunia. Saya berpendapat, kita harus lebih menghargai ulama-ulama yang bukan sahaja berjuang di medan pertempuran (baik dari segi politik, amal dan eknomoni) malah menyumbangkan akal pemikiran dan fahaman amal jamaie kepada para muslimin melalui penulisan. Tidak perlu pergi jauh, cubalah anda lihat tokoh-tokoh ulama Malaysia, diantaranya,Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz B Nik Mat, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi B Awang, Ustaz Yahya B Osman dan banyak lagi pejuang2 islam yang bukan sahaja berjuang amal, malahan juga dari sudut penulisan.Subhanallah, itulah sebab saya merasakan diri saya masih lagi kerdil di medan perjuangan. Setakat berusrah tiap-tiap minggu, menjadi MC untuk ceramah-ceramah umum dan menjadi unit amal untuk program- program jemaah belum cukup untuk saya memuaskan zahir dan batin saya dalam amal jamaah. Nampaknya, ‘enjin amal jamaie’ saya dah mula sejuk sejak menetap di abu dhabi ini, mungkin artikel ringkas ini dapat memanaskan balik enjin-enjin yang mulai kesejukan. Menetap di kawasan baru bukanlah alasan untuk tidak beramal jamaie. Tidak berjumpa dengan jamaah lokal juga bukan juga alasan untuk menidakkan penglibatan dalam jamaah. Yang penting, cari, cari, dan terus mencari. Insya Allah, saya yakin Allah akan menunjuki jalan ke arah itu, insya allah.

Betullah kata-kata pujangga:

“Pena itu lebih tajam daripada mata pedang,Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Mungkin inilah hikmah Allah Taala ‘menghantar’ saya ke abu dhabi agaknya. Mudah-mudahan penghijrahan saya ke abu dhabi ini akan lebih mematangkan diri saya dalam perjuangan Islam yang mulia ini.

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ  (٢١٦

 

Fighting is prescribed upon you, and ye dislike it. But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth, and ye know not. (216)

 

 

Sebulan di Abu Dhabi

Rasanya sudah sebulan saya meninggalkan tanahair malaysia. Sudah sebulan juga saya ‘berpisah’ sementara dengan rakan-rakan seperjuangan di Malaysia,khususnya di Pandan. Dan, sudah sebulan juga saya tidak ketemu dengan keluarga di pandan dan juga keluarga di penang.

Kehidupan di negeri orang memang amat jauh sekali bezanya dengan negeri sendiri. Betul lah pepatah  ada mengatakan ‘Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Walaupun ada benarnya dengan pepatah tersebut, saya cuba melawan sifat “homesick’ (yang lazimnya ada pada kebanyakan orang melayu) dengan satu lagi pepatah, iaitu ‘jauh perjalanan luas pengalaman’, yang pada pendapat saya, ada pada kebanyakan orang-orang yang bermaustatin di abu dhabi ini. Saya juga berpendapat, kita akan terus menjadi seperti katak di bawah tempurung jika kita terus berpegang kepada pepatah yang pertama tadi.Juga,peristiwa hijrah menjadi satu asas bagi saya untuk menjalankan kehidupan saya di sini.
Read the rest of this entry »

Jalan-Jalan Cari Pengalaman..(siri 1)

2 minggu lepas, saya dikunjungi oleh rakan seperjuangan dari DPP Pandan, akhi aizat. Dia berada di dubai atas kapasiti menghadiri ‘Classroom Training’ di sebuah hotel di dubai. Kami mengambil kesempatan keluangan masa ini untuk sama-sama menerokai abu dhabi dan dubai dengan menaiki kereta yang disewa daripada sebuah syarikat sewa kereta di sini.
Bersama Kereta Sewa

Abu Dhabi Beach. Crystal clear..!!

Syeikh Zayed Mosque, Masjid ketiga terbesar didunia. Kami sempat bersolat jumaat di sini. Subhanallah, pertama kali saya mendengar khutbah jumaat yang begitu bersemangat (walaupun pahamnya tak seberapa). Khatibnya memberi khutbah sampai menitiskan air mata, sebak saya mendengarnya..
Selepas menunaikan solat jumaat di Syeikh Zayed Mosque, kami menerukan ‘perjuangan’ dengan mengisi perut yang sedang kelaparan. Credit to Aizat sebab belanja makan tengahari di Fuddruckers restaurant. Alang-alang ada orang belanja, apa lagi belasah yang paling mahal lee..hehe
Bersambung…

The Turtles, The Frogs and The Pretty Lady..

The TurtlesThe Turtles

A turtle family decided to go on a picnic. The turtles, being naturally slow about things, took seven years to prepare for their outing. Finally the turtle family left home looking for a suitable place. During the second year of their journey they found a place ideal for them at last!

For about six months they cleaned the area, unpacked the picnic basket, and completed the arrangements. Then they discovered they had forgotten the salt. A picnic without salt would be a disaster, they all agreed. After a lengthy discussion, the youngest turtle was chosen to retrieve the salt from home. Although he was the fastest of the slow moving turtles, the little turtle whined, cried, and wobbled in his shell. He agreed to go on one condition: that no one would eat until he returned. The family consented and the little turtle left.

Three years passed and the little turtle had not returned. Five years…six years… then on the seventh year of his absence, the oldest turtle could no longer contain his hunger. He announced that he was going to eat and begun to unwrap a sandwich. At that point the little turtle suddenly popped out from behind a tree shouting, ‘See! I knew you wouldn’t wait. Now I am not going to go get the salt.’

The FrogsThe Frogs

A farmer came into town and asked the owner of a restaurant if he could use a million frog legs. The restaurant owner was shocked and asked the man where he could get so many frog legs! The farmer replied, ‘There is a pond near my house that is full of frogs – millions of them. They all croak all night long and they are about to make me crazy!’ So the restaurant owner and the farmer made an agreement that the farmer would deliver frogs to the restaurant, five hundred at a time for the next several weeks.

The first week, the farmer returned to the restaurant looking rather sheepish, with two scrawny little frogs. The restaurant owner said, ‘Well… where are all the frogs?’ The farmer said, ‘I was mistaken. There were only these two frogs in the pond. But they sure were making a lot of noise!’

the pretty ladyThe Pretty Lady

Once upon a time a big monk and a little monk were traveling together. They came to the bank of a river and found the bridge was damaged. They had to wade across the river. There was a pretty lady who was stuck at the damaged bridge and couldn’t cross the river.The big monk offered to carry her across the river on his back. The lady accepted. The little monk was shocked by the move of the big monk. ‘How can big brother carry a lady when we are supposed to avoid all intimacy with females?’ thought the little monk. But he kept quiet. The big monk carried the lady across the river and the small monk followed unhappily.

When they crossed the river, the big monk let the lady down and they parted ways with her. All along the way for several miles, the little monk was very unhappy with the act of the big monk. He was making up all kinds of acussations about big monk in his head. This got him madder and madder. But he still kept quiet. And the big monk had no inclination to explain his situation.

Finally, at a rest point many hours later, the little monk could not stand it any further, he burst out angrily at the big monk. ‘How can you claim yourself a devout monk, when you seize the first opportunity to touch a female, especially when she is very pretty? All your teachings to me make you a big hypocrite The big monk looked surprised and said, ‘I had put down the pretty lady at the river bank many hours ago, how come you are still carrying her along?’

So, what exactly the important points can we learn from these 3 stories…??

The Turtles

Some of us waste our time waiting for people to live up to our expectations. We are so concerned about what others are doing that we don’t do anything ourselves

The Frogs

Next time you hear somebody criticizing or making fun of you, remember, it’s probably just a couple of noisy frogs. Also remember that problems always seem bigger in the dark. Have you ever laid in your bed at night worrying about things which seem almost overwhelming like a million frogs croaking? Chances are pretty good that when the morning comes, and you take a closer look, you’ll wonder what all the fuss was about

The Pretty Lady

We encounter many unpleasant things in our life, they irritate us and they make us angry. Sometimes, they cause us a lot of hurt, sometimes they cause us to be bitter or jealous .. But like the little monk, we are not willing to let them go away.We keep on carrying the baggage of the ‘pretty lady’ with us. We let them keep on coming back to hurt us, make us angry, make us bitter and cause us a lot of agony.Why? Simply because we are not willing to put down or let go of the baggage of the ‘pretty lady’. We should let go of the pretty lady immediately after crossing the river, that is after the unpleasant event is over. This will immediately remove all our agonies.There is no need to be further hurt by the unpleasant event after it is over.

The Countdown Begins…

Hey..!! like it or not, i only left with 2 months to get my things ready before moving out to abu dhabi. Now i really understand what As-Syahid Imam Hassan Al Banna quoted in one of his infamous 10 wasiat:”Responsibility is likely to be more than your time..”

Too much responsibility tends to burden me sometimes (although i have PDA phones with me all the time,kunun2 nys this PDA will manage my life though). Might be last minute job truly fits to my life, which i have been practising it for the last 20 years..(^_^). Somehow, to relocate my family is not an easy task. Nak kemas barang la, setelkan visa la, itu la, ini la..aiiihh~~ (alih2 last minute jugak rasanya.eheh)

A lot of exciting moments happened after i’ve tender my resignation to P#**#$*S HR, especially on the spontaneous reaction of my surrounding colleague. I like their facial expression. Some were sad, others were quite supportive, but most of them was like ” betul ke ko nak quit P#**#$*S ni? hehe…

Anyhow, the decision has been made, which i presumed will bring a lot of benefits, experiences and new friends as well when i relocate my family to Abu Dhabi.

Abu Dhabi, here i come…!!(more closer than before…)

Berjinak-jinak dengan dunia Blogging

“Enta tadak blog sendiri ke..?”

“Blog ni best woo..macam2 kita boleh buat, nak tulis diari la, nak tajamkan skill penulisan laa, bahkan nak buat business la ni pun orang dah pakai blog”

“Err, enta pakai host apa,blogger,wordpress,multiply,typepad??

Ini antara soalan-soalan lazim yang selalu kita dengar mutakhir ni. Rakyat Malaysia khususnya bukan sahaja telah dilanda tsunami politik, bahkan juga “tsunami blog”. Tahun ini sahaja, blog-blog baru di kalangan rakyat malaysia telah tumbuh bagai cendawan, kesemuanya ingin menyumbang kepada kemeriahan blogger-blogger di malaysia sekarang ini.

Tetapi, kalau dilihat dari topik-topik yang dibawa oleh blogger masing-masing, kebanyakannya berkisar kepada komentar/pendapat/krtikan berkenaan dengan isu-isu politik semata-mata. Malah, tidak melampau jika saya katakan hampir 90% daripada mereka berbicara mengenai politik Malaysia.

Bagaimana dengan ilmu-ilmu agama? Saya tak nafikan, ada segelintir tetapi jumlahnya sangat sedikit jika dibandingkan dengan blog-blog politik yang boleh kita layari buat masa ini.

Ini yang sedikit sebanyak mendorong diri saya untuk melangkah masuk ke dunia blogging. Bukan untuk menulis sepenuhnya bab-bab berkenaan ilmu agama, cuma terselit juga lah ilmu-ilmu yang dikutip daripada mutiara kitab-kitab ilmuan islam, dengan harapan agar effort ini dapat menolong diri sendiri dan juga pelawat-pelawat (kalau ada yg sudi melawat blog saya lah) agar tidak terpisah dengan mutiara ilmu yang boleh membawa kita ke syurga kelak..

Mudah-mudahan pembabitan saya dalam bidang blogging ini akan memeriahkan lagi dunia blogging dan dalam masa yang sama, dapat memelihara diri saya diri saya yang serba kekurangan ini dari terpisah dengan dunia islam.

Selamat berblogging buat semua yang sudah punyai blog…chaiyuk..!!~~