Internet,History and Da’wah

Bismillahirrahmanirrahim…

While i am not so busy with office work, i took this opportunity of using my ample time at the office to search (with the help of internet of course)  for islamic materials available in the websites. Subhanallah, what can i say! I have just found out that there’s really a lot of islamic stuff available to grab in various websites. These people who developed this kind of great information put a lot of their effort to make sure that their visitor gains as much as possible from the websites.

Bravo and jazakallah!! May Allah Bless you guys for what they have done so far…

The internet era

Like it or not, internet has becoming one of the great tools to spread news among people. Look at the statistic below (Taken from http://www.internetworldstats.com/stats.htm)

 

 

From the statistics above, it gives us several scenarios:

1. From Business point of view – it means “money,money,money”!
2. From Politicians point of view – it means, “O People of the world….Please vote me!”
3. From The travellers point of view – It means “I’m coming, people..!!”
4. From Hackers point of view – It means,”Showtime..!!”

and lots more of scenarios.. Read the rest of this entry »

Betulkah kerajaan PR yang bakal dibentuk ini bebas rasuah?

Bismillahirrahmanirrahim..

Sementelaah di perantauan ini, banyak juga masa saya digunakan untuk mencari info-info yang dirasakan bermanfaat untuk Jamaah  dan juga untuk diri saya.

Sementalaah tidak ada kerja di ofis, banyak juga masa yang diluangkan untuk melayari website-website di malaysia khusus untuk mengetahui senario terkini di Malaysia.

Setelah diamati, boleh dikatakan hampir 90 % website-website alternatif yang saya layari, semuanya menyebutkan akan tarikh keramat 16 September 2008, di mana ‘kunun’nya pemerintahan BN akan rebah pada tarikh keramat itu.Tambahan pula dengan kempen pilihanraya kecil yang sedang rancak berlangsung di Permatang Pauh, macam-macam ada..!

‘Kunun’nya juga, banyak orang yang yakin akan ‘penghijrahan’ 30 orang wakil rakyat BN ke dalam PR , dan

‘Kunun’nya Malaysia akan ditadbir dengan pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa, bebas rasuah dan berkaliber untuk membawa negara Malaysia ke satu tahap yang lebih maju lagi.

Apabila kenyataan-kenyataan yang ‘overconfident’ ini di buat, saya memikirkan apakah komplikasi ataupun kesan-kesan yang mungkin terjadi apabila perkara ini berlaku ataupun perkara ini tidak berlaku. Read the rest of this entry »

Antara Tarbiyah dan Politik

Petikan dari blog Ust Yusainee Yahya (http://jihadtegakislam.blogspot.com),
salah seorang mas'ul Tarbiyyah saya di Malaysia.
Bismillah,wal hamdulillah, wassolatu wassalamu ‘ala saiyyidil mursalin Nabiyyina Muhammadin, wa ‘ala alihi wa ashabihi ajma’ien, wa ba’du :Salam ISLAH,

“Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.


Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha menukarkannya dengan cara yang lain.”

Demikianlah bunyinya teks usrah tarbawi Darul Islah yang saya pimpin setiap Isnin saban minggu.Ia adalah terjemahan tulisan ash Sheikh al Mujahid Musthofa Masyhur (mantan Murshid ‘Am Ikhwan al Muslimin). Setelah hilang kemalasan saya sari dua ini akibat letih benar otak saya ni dengan isu muzakarah UMNO-PAS, maka malam inilah baru ada kekuatan untuk menulis kembali isi usrah Isnin yang lepas.

Saya katakan kepada pemuda-pemuda di hadapan saya bahawa antara penyelewengan terbesar di dalam sebuah gerakan Islam bilamana diletakkan politik di hadapan tarbiyyah. Hilang agenda tarbiyyah dalam gerak kerja parti dan jamaah. Tidak sepatutnya gerak kerja parti dipisahkan dari tarbiyyah. Hatta bila berpolitik sekalipun, ia adalah satu proses tarbiyyah kepada kita. Dalam isu muzakarah, nampak sangat Allah mahu mentarbiyyah dan menguji kita.

Dalam gerakan Islam, proses pemeliharaan Allah terhadap perjuangan menegakkan agama pasti berlaku. Dalam masa yang sama, proses penapisan juga berlaku. Allah SWT pasti akan membersihkan perjuangan ini dari jiwa-jiwa yang tidak ikhlas. Mereka yang mempunyai matlamat duniawi dan agenda peribadi dalam perjuangan tidak layak duduk dalam perjuangan Islam. Bila Tuan Guru Presiden mengambil keputusan bertemu Pak Lah, ada orang kata Tuan Guru Presiden dan sebahagian pimpinan PAS sudah tertarik dan terpedaya dengan tawaran duniawi Pak Lah. Sebenarnya kita akan melihat siapa yang sebenarnya yang tertarik dengan tawaran duniawi tersebut dan akan dinyahkan oleh Allah SWT dari perjuangan suci ini.

“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya” Surah Al Hijr : 9

Kefahaman terhadap nas di atas ialah Al Quran akan dipelihara Allah selama-lamanya. Termasuk dalam maksud pemeliharaan Allah SWT terhadap Al Quran ialah Allah akan memelihara orang-orang yang berjuang menegakkan Al Quran sebagai hukum dan mengangkat kemuliaan Al Quran ditempatnya. Termasuklah jua kumpulan manusia atau jamaah yang berjuang menegakkan hukum Al Quran, mereka akan dipelihara oleh Allah SWT dari segala kejahatan dan unsur-unsur yang tidak baik.

Antara kaedah Allah memelihara perjuangan Islam adalah Allah turunkan ujian, Allah jadikan halangan serta kepayahan menghiasi dan menjadi latar belakang kepada perjuangan suci ini. Dengan sendirinya, ,mereka yang ikhlas dalam perjuangan akan terus istiqamah dengan rahmat Allah SWT dan mereka yang punya niat yang jahat dan kotor tidak akan punya daya ketahanan dan akhirnya akan memilih jalan lain yang jauh lebih senang berbanding jalan perjuangan ini. Maka berlakulah tapisan Allah SWT terhadap hamba-hambaNya yang beriman.

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” Surah Muhammad : 31

Kalau tarbiyyah tidak dijadikan asas dalam perjuangan, mana mungkin akan terbitnya daya tahan dalam berhadapan dengan ujian Allah SWT. Jangan saudara bayangkan bahawa hanya dikatakan ujian itu ialah bila dipenjarakan, disiksa, dipulau dan sebagainya. Itu semua tidak kita nafikan. Namun terkadang kita lupa bahawa ujian Allah itu boleh berlaku dalam perkara yang kita tidak sangka. Ujian emosi dan perasaan juga boleh berlaku. Rasa mahu berkuasa, mahu cepat jadi menteri, gila pengaruh , mahu menonjolkan diri untuk cepat naik dan perlbagai lagi.

Dalam usrah kita bincangkan teladan hebat Saiyyiduna Khalid Al Walid yang meneruskan perjuangan hingga selesai walau menerima surat pelucutan jawatan dari khalifah. Betapa beliau mengenepikan perasaan dan emosi demi memastikan kejayaan jihad. Namun bila ujian yang sama menimpa kita, belum tentu kita dapat mengambil langkah seperti SaifulLah al Maslul Khalid al Walid rdh.

Di sinilah letaknya kepentingan tarbiyyah yang menjadi tunjang kepada setiap kerja buat gerakan Islam. Menjadikan anggotanya sentiasa segar dan teguh pendirian dalam setiap ehwal dan keadaan. Memburu kemuliaan kemenangan dan syahid di medan juang.

Posted in Fikrah. 1 Comment »

Malam Jadi Rahib, Siang Jadi Pahlawan..!!

Allah menerangkan kepada manusia hubungan antara  kewajipan individu seperti sembahyang dan puasa dengan kewajipan kemasyarakatan.

Allah juga menerangkan bahawa kewajipan individu itu sebagai wasilah kepada kewajipan kemasyarakatan sementara ‘aqidah pula adalah asas kepada kedua-dua kewajipan ini.

Dengan penjelasan ini manusia tidak lagi mempunyai alasan untuk meninggalkan kewajipan peribadi dengan alasan yang mereka telah melakukan kewajipan berjama’ah dan mereka yang lain pula tidak mempunyai alasan meninggalkan amal secara jama’ah dengan mengatakan yang mereka sibuk dengan amal ‘ibadat peribadi dan masyghul dengan hubungan mereka dengan Allah. Alangkah teliti dan kemasnya:

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada Allah”.

Wahai ummat muslimin..

  • Beribadat kepada Allah..!!
  • Berjihad demi menegakkan agama kamu..!!
  • Mempertinggikan syari’at kamu..!!

Kesemuanya ini adalah merupakan tanggungjawab kamu dalam hidup.

Sekiranya kamu tunaikan tanggungiawab ini dengan sewajamya maka kamu adalah orang yang berjaya.

Sekiranya kamu menunaikan sebahagiannya atau kamu cuaikan semuanya maka dengarlah ini kubacakan ayat Allah:

“Apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya kami mencipta kamu untuk bermain-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya”.

Oleh kerana pengertian inilah maka para sahabat Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, golongan pilihan Allah dan para salihin yang terdahulu disifatkan sebagai rahib di waktu malam dan pahlawan berkuda di siang hari. Kamu lihat salah seorang dari mereka sujud terpaku di mihrabnya, mengurut-urut janggutnya, kumat kamit berzikir dengan penuh sejahtera dan menangis penuh dukacita seraya berkata: “Wahai dunia kau godalah orang lain dariku”. Tetapi apabila terpancar matahari pagi dan ditiup naubat memanggil para mujahidin, engkau lihat beliau siap tangkas dengan penuh bersedia di atas kudanya bertempik dengan suaranya yang lantang hinggalah tempikannya bergema memenuhi medan pertempuran.

-Pesanan Imam Hassan Al-Banna dalam Risalah “Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia” -

Ciri-ciri Jamaah Islam Contoh

Dua puluh (20) perkara asasi yang perlu ada pada sebuah Jemaah Islam
Contoh ialah :

1) Tujuan menegakkan jemaah ini ialah kerana Allah dan memiliki segala ciri-ciri Rabbani, serta mencari keredhaanNya (mardhatillah). Jemaah ini jauh dari matlamat keduniaan seperti mencari kemasyhuran, kedudukan atau suka menonjol diri. Jemaah ini hendaklah juga jauh dari dorongan-dorongan Jahiliyyah seperti taa’sub kelompok (assabiyah), batas-batas geografi atau kenegaraan (nationalisma), dan seumpamanya. Perkara seperti ini akan merosakkan amalannya dan membawa jemaah ini kearah kegagalan.

2) Jemaah Islam ini hendaklah menggunakan AlQuran dan Sunnah sebagai sumber rujukan, dan menjaga dirinya supaya ia tidak tunduk dibawah kehendak orang tertentu, kerajaan ataupun apa sahaja, sekiranya ia memberi kesan buruk kepada kepada gerakan dakwahnya atau mempengaruhi mesej dakwahnya.

3) Jemaah itu dibangunkan atas tujuan yang menyeluruh dan bersepadu yakni untuk menegakkan agama Allah dibumi ini dengan mendirikan Daulah Islamiah Alamiyyah (Negara Islam Sedunia). Manhajnya (methodologi) adalah berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah (saw) untuk mencapai tujuan ini, dan juga apa yang disyariatkan oleh Islam (ijmak atau qias). Jemaah tidak sepatutnya mengongkong dirinya dalam ‘perkara-perkara juzuk’ dalam Islam seperti ekonomi, politik, ibadah dan sebagainya. Read the rest of this entry »

Posted in Fikrah. Tags: . 1 Comment »